Pelamin adalah antara kemestian di dalam sesebuah majlis perkahwinan. Ada pasangan pengantin yang sanggup berhabis ribuan ringgit bagi mendapatkan rupa bentuk pelamin idaman mereka. Pun begitu, dalam kebanyakan majlis, saya dapati ramai pengantin terlupa tentang satu perkara, BAHANG PELAMIN!
Bayangkan sebaik anda tiba di perkarangan lokasi majlis pada waktu tengah hari yang panas, peluh sudah mula keluar sedikit di dahi anda. Kemudian ketika diarak dengan paluan kompang, peluh mula keluar perlahan-lahan membasahi busana raja sehari anda. Ketika itu kita harapkan semuanya akan berakhir dengan cepat. Tetapi sudah tentu tidak secepat itu. Anda dan pasangan akan dibawa terus ke pelamin untuk acara salam restu. Saat inilah peluh mula mencurah keluar. Bahang badan anda (akibat diarak dalam panas tengah hari tadi), ditambah dengan bahang yang datang dari setiap lampu pelamin, pastinya anda sudah tidak selesa untuk terus duduk di pelamin yang disewa mahal tadi.
"Alah, pengapitkan ada, aku suruhlah dia kipaskan aku kuat-kuat" mungkin ini kata anda dalam hati.
Tapi percayalah, kalau dah panas sangat, pengapit pun akan menyerah kalah. Lebih baik dia kipas diri dia sendiri.
ANTARA SOLUSI YANG BOLEH DILAKUKAN...
1. Sediakan kipas di kiri dan kanan pelamin2. Sewa kipas dari pemilik khemah. Biasanya mereka ada kipas industri.
3. Paling baik, sewa sahaja 'outdoor air cooler'. Pastinya anda kekal sejuk dan selesa di pelamin indah anda!
Contoh kipas industri. Sumber gambar dari Google |
Contoh air cooler. Sumber gambar dari Google |
Mana boleh sewa air cooler ni? Taip je di facebook "sewa air cooler". Ada la page vendor yang keluar nanti.
KELEBIHAN MENGGUNAKAN KIPAS / AIR COOLER DI PELAMIN
Anda akan berada di pelamin untuk satu jangka masa yang agak lama. Bermula dari bersanding, salam restu dan berakhir dengan sesi fotografi. Sebab itu adalah penting untuk anda sediakan pelamin yang bukan sahaja cantik, bahkan juga selesa.
Selain itu, peluh yang kerap keluar boleh merosakkan solekan pada wajah pengantin perempuan. Sayanglah solekan yang berharga ratusan ringgit rosak sekelip mata kerana peluh yang tidak hanti keluar.
Pengantin juga perlu ingat, bukan anda sahaja yang akan berada di pelamin nanti. Pengapit, penjaga bunga telur dan jurufoto akan turut berkongsi pentas dengan anda. Sekiranya mereka tidak selesa, pastinya akan memberi sedikit kesan kepada majlis anda. Pastinya kita tidak mahu mereka yang berada di atas pentas pelamin kerap mengelap peluh mereka.
Sekian dulu dari saya,
PengurusKenduriKahwin
PengurusKenduriKahwin
#penguruskendurikahwin
#tipsperkahwinan
#cintamemento
#pelamin
No comments:
Post a Comment